Tuesday 26 February 2013

Kurus dengan Omega Guard : Kurangkan Selera Makan dan Bakar Lemak !!


Secara jujurnya, bila sebut minyak ikan, saya hanya ingatkan bagus untuk perkembangan otak dan tingkatkan sistem imunisasi. Tapi, itu dulula, sebelum saya mengenali Shaklee:) Setelah saya jatuh cinta dengan Shaklee, baru saya tahu, sebenarnya minyak ikan ni mempunyai banyak khasiat lain yang bermanfaat untuk segenap lapisan usia, bermula dari bayi dalam kandungan ibu, hinggalah ke warga emas. Best kan..

Salah satu khasiat Omega Guard yang paling mengejutkan saya ialah, kita boleh KURUS dengan Omega Guard. Macam tak percaya kan, tapi sila percaya kerana sememangnya ianya dah terbukti secara saintifik melalui kajian dan ada juga testimonial yang dah berjaya turunkan berat badan dengan Omega Guard.

Secara amnya, fungsi Omega Guard ni sama seperti Lecithin iaitu membakar lemak. Yang bezanya, Omega Guard adalah lebih mahal dan mempunyai kesan yang lebih cepat.

"Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can’t make them." 

http://www.livestrong.com/article/276633-omega-3-fats-weight-loss/

Bagaimana Lemak Omega-3 boleh membakar lemak? 

  • Asid Lemak omega-3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil Leptin (Leptin adalah perkataan Yunani bagi nipis) 
  • Leptin memberitahu badan anda (otak anda) untuk mengurangkan selera makan anda supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan 
  • Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid anda (tiroid anda mengawal metabolisme anda) 
  • Leptin juga menyebabkan badan anda untuk membakar lemak untuk tenaga 
  • Jika badan anda tidak bertindak balas dengan baik terhadap Leptin maka sebaliknya berlaku – Anda akan lapar, dan anda akan menyimpan lebih banyak lemak —> Anda boleh mengambil Omega-3 lemak untuk membantu badan anda bertindak balas lebih baik untuk Leptin jadi anda boleh meningkatkan metabolisme membakar lemak anda 
  • Lemak omega-3 boleh ditemui dalam salmon, flaxseeds, kacang, Omega-3 tambahan dan lain ini 79 makanan sumber lemak Omega-3 
3 cara Omega-3 lemak akan membantu anda mengurangkan berat badan
  • Lemak omega-3 membantu anda mengawal kelaparan anda dengan menstabilkan paras gula darah anda 
  • Satu kajian Australia menunjukkan bahawa apabila orang yang mengikuti program senaman mengambil omega-3, menunjukkan pembakaran lemak yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang bersenam tanpa pengambilan omega 3 
  • Kajian yang dilakukan di Jepun & Czech republik mencadangkan bahawa Omega-3 lemak menghalang pembentukan lemak badan hodoh dan kajian ini juga menyatakan bahawa Omega-3 lemak menggalakkan pembakaran lebih lemak 
Kesimpulannya, Omega membantu anda mengurangkan selera makan di samping membakar lemak dengan lebih cepat.

Jom kita baca pengalaman Puan N setelah mengamalkan Omega:

Apa yang boleh saya kongsikan bila saya mula fokus dengan Omega.... 
Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet. 
Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air. 
Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang. Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan. Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak. Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.
Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best! 
Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.

Dalam proses diet, cabaran yang paling utama biasa kita hadapi adalah nak kurangkan makan. Macam mana nak kurangkan makan kalau asyik berselera jer terutamanya bila tengok makanan sedap. Memang terseksa kan. Itu yang kadang-kadang boleh kantoi tu. Akhirnya, diet pun entah ke mana...

Dengan Omega, ia akan memudahkan cabaran ini kerana ia membantu mengurangkan selera makan anda.

Tapi, harus diingat, kita tidak boleh hanya bergantung kepada supplemen untuk kurus. Faktor-faktor lain seperti pengambilan kalori, diet yang seimbang dan senaman juga harus diambil perhatian. InsyaAllah saya akan berkongsi dengan lebih lanjut lagi mengenai tip-tip dan cara pemakanan yang betul untuk anda menjayakan proses diet anda di entry-entry yang akan datang.

InsyaAllah saya akan membantu dalam proses diet anda sehingga anda berjaya mencapai berat badan yang ideal. Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap pembelian dari saya akan mendapat HARGA ISTIMEWA dan KONSULTASI PERCUMA seumur hidup:)
 
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
http://sweetmomsvit.blogspot.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

3 comments: