Showing posts with label BERPANTANG/CONFINEMENT. Show all posts
Showing posts with label BERPANTANG/CONFINEMENT. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

Berpantang Selepas Bersalin : Rahsia Kekal Langsing Seperti Anak Dara Selepas Bersalin

Salam sayang semua:)

Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog saya lagi:) Entry kali ni masih lagi berkisar tentang kisah berpantang selepas bersalin. Rindunya saya nak melalui sekali lagi tempoh 44 hari tu, rindu sangat perasaan menyusu anak. Perasaan yang tak mampu terluah oleh kata-kata, hanya ibu-ibu sahaja yang memahami perasaan tu.


Ok, berbalik kepada kisah berpantang, pada saya, waktu berpantang 44 hari adalah waktu yang paling kritikal untuk si bu dan juga anak. Setiap wanita seharusnya betul-betul menitik beratkan penjagaan terutamanya penjagaan dalaman ketika dalam tempoh ini. Ini sangat penting yer ibu-ibu semua, jangan nanti dah lepas habis pantang tu, muka pucat, badan sakit sana sakit sini, tu belum masuk bab-bab part yang 'kembang' lagi tu:) Kalau cik abang complaint, susah nanti.

Kalau kita dah betul-betul jaga semasa dalam pantang tu, InsyaAllah, tak susah badan kita nak maintain nanti. 

Jom saya kongsi serba-sedikit tip-tip atau amalan asas yang perlu semasa dalam berpantang. Sesetengah orang mungkin memandang remeh atau mengabaikan amalan-amalan ni, tapi bagi saya, amalan-amalan ini WAJIB dilakukan setiap kali berpantang:

Bertungku
Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap rasanya berpantang sekiranya tidak bertungku. Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.

Berurut
Berurut juga merupakan amalan penting ketika berpantang. Rawatan berurut ini hendaklah dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

Mandi dan Lulur
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Seboleh-sebolehnya sepanjang tempoh berpantang mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya diamalkan selama dua minggu.Sebelum mandi, amalan lulur adalah juga digalakkkan untuk membuang segala daki-daki dan menjadikan kulit lebih bersih dan halus.

Rawatan Berbengkung


 Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang. Saya dulu pakai bengkung ni 24 jam, cuma buka ketika nak mandi atau ke tandas sahaja.

Pemakaian Baju Tebal dan Stoking
Pemakaian baju tebal dan stoking adalah perlu untuk menjaga badan dan kaki supaya tidak sejuk dan masuk angin. Yang ni pun memang 24 jam juga saya pakai. Mak saya siap cakap, kalau zaman dahulu, kipas pun tak boleh pasang:)

Pengambilan Jamu atau Supplemen Yang Sesuai
Pening juga untuk memilih set yang sesuai. Jika anda sedang mencari set berpantang yang bagus,yang bukan sahaja memberi kebaikan untuk anda, malahan bayi anda, anda boleh mencuba Set Berpantang Shaklee.

Kelebihan Set Berpantang / Bersalin Shaklee 
  • Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin 
  • Boleh terus diambil walaupun anak ade juandis (kuning) 
  • Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun pembedahan 
  • Dapat membantu ibu mengurangkan stress 
  • Dapat membantu ibu memberikan tenaga sepanjang tempoh bersalin 
  • Anda juga tak perlu risau lagi kerana set ini amat sesuai sekiranya anda menyusukan bayi. Ia tidak mengandungi sebarang bahan aktif yang berbahaya ataupun herba yang tidak sesuai untuk bayi yang menyusu 
Untuk maklumat lanjut mengenai Set Berpantang Shaklee, anda boleh klik LINK di bawah:

SET BERPANTANG SHAKLEE

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai tip-tips dan cara/jadual pengambilan vitamin yang betul. HARGA ISTIMEWA juga menanti anda:)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
http://sweetmomsvit.blogspot.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 19 February 2013

Testimonial : Pengalaman Berpantang dengan Vitamin Shaklee

Ini sedikit cerita pengalaman 'Arnie' berpantang dengan suplemen:

"Walaubagaimanapun, selain daripada pengalaman kurang serasi dengan jamu, berpantang kali kedua ini sangat berbeza dengan yang pertama. Saya lebih bertenaga, rasa lebih sihat, dan kembali langsing dengan cepat! 

Rahsianya, saya mengambil supplements, breastfeed baby on demand & memakai bengkung selama 24 jam sehari! Bengkung hanya buka untuk mandi atau ke tandas sahaja. Sebelum pakai semula tue sapu minyak, kapur & limau, atau apa juga yang membantu pengempisan perut. Pemakaian bengkung menjadi seronok kerana saya boleh pakai sendiri tanpa bantuan orang lain. Selain itu, saya dah boleh buat kerja rumah & berpantang sendiri selepas 2 minggu melahirkan baby, dan yang paling penting, berat turun sebanyak 10kg dalam masa 30 hari! Kali kedua nie juga tidak mengalami bentan. Alhamdulillah."

Cadangan Vitamin/Supplemen Semasa Berpantang

Vita-lea/Multivitamin
B-Complex
Vitamin C
Zinc Complex
OsteMatrix
ESP

Tak semestinya ambil semua. Yang asas ialah nombor #1 hingga nombor #4 yer:)

Credit to diarivitamin

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai tip-tips dan cara/jadual pengambilan vitamin yang betul. HARGA ISTIMEWA juga menanti anda:)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
http://sweetmomsvit.blogspot.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Kelebihan Berpantang Selepas Bersalin dengan Set Berpantang Shaklee : Alternatif Untuk Jamu

Salam sayang semua:)

Entry ni kali ni saya nak berkongsi mengenai perihal berpantang selepas bersalin pula, khas untuk ibu-ibu dan bakal ibu yang sedang membaca blog saya ni:)

Pengalaman Berpantang dengan Jamu

Biasanya kalau sebut berpantang jer, mesti kita teringat jamu kan. Saya sendiri sudah mempunyai pengalaman berpantang sebanyak dua kali dan secara jujurnya saya mengamalkan jamu ketika itu. Bukan kerana tidak percayakan Set Berpantang Shaklee, tetapi kerana jodoh saya bukan dengan Shaklee, saya tidak dipertemukan dengan produk Shaklee lagi ketika itu. Tujuan perkongsian saya ni, bukan nak memburuk-burukkan produk lain yer, sekadar berkongsi serba sedikit pengalaman saya sebagai panduan kepada semua ibu-ibu yang bakal melahirkan anak nanti:)

Berdasarkan pengalaman saya, dengan penggunaan jamu, Alhmadulillah, badan rasa segar jer. Tapi ada beberapa benda yang tak berapa best bagi saya, yang mebuatkan saya rasa terseksa nak habiskan jamu-jamu tu:
  • Rasanya yang pahit. Saya memang out sikit benda-benda pahit ni
  • Jamu ni biasanya panas. jadi saya terpaksa kurangkan dos yang dicadangkan. Kalau tak, perut saya asyik memulas-mulas dan ayik nak ke toilet jer. 
  • Lagi satu, saya hanya memulakan pengambilan setelah masuk minggu ke-tiga sebab saya breastfeeding, jadi takut demam kuning anak saya makin teruk pulak. Kena tunggu demam kuning anak hilang dulu, baru boleh start makan. Dos pula terpaksa dikurangkan sebab takut anak demam

Kelebihan Set Berpantang Shaklee

Itula serba sikit pengalaman saya berpantang dengan jamu. Sebenarnya, Shaklee juga mempunyai Set Berpantang yang terdiri daripada vitamin dan supplemen penting yang diperlukan sepanjang tempoh berpantang. Dengan adanya Set Berpantang Shaklee ini, ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.
     
    Set ini mengandungi:

    B-Complex 
    Sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

    Vitamin C
    Penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin. 

    Vitalea/Multivitamin with Iron 
    Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

    Zinc Complex 
    Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

    Selain dari set di atas, anda juga boleh menambah vitamin-vitamin lain seperti :

    Energizing Soy Protein (ESP)
    Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

    OsteMatrix
    OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Sekiranya anda mengalami masalah sembelit, insyaAllah ia membantu untuk melawaskan. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

    InsyaAllah, di entry-entry yang seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda semua pengalaman ibu-ibu yang telah mengamalkan Set Berpantang Shaklee sebagai alternatif kepada jamu. Saya juga akan berkongsi beberapa panduan dan tips yang boleh diamalkan semasa berpantang berdasarkan pengalaman saya sendiri, supaya tubuh badan kita kekal cergas dan bertenaga, kalau boleh nak jadi balik seperti zaman ank dara:)

    Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai tip-tips dan cara/jadual pengambilan vitamin yang betul. HARGA ISTIMEWA juga menanti anda:)

    I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
    Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
    ID No. 907609
    ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
    ♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
    http://sweetmomsvit.blogspot.com

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit