Showing posts with label HERB-LAX. Show all posts
Showing posts with label HERB-LAX. Show all posts

Monday, 25 February 2013

Kurus dan Langsing dengan SET KURUS BUDGET SHAKLEE : Murah, Selamat dan Berkesan

Mungkin ada yang cakap Set Kurus Shaklee tu mahal la. Tak mampu nak beli, baik beli produk cap ayam:)

Nanti dulu. Jangan risau, walaupun anda mempunyai budget yang terhad, anda masih berpeluang untuk mengambil produk Shaklee sebagai membantu usaha diet anda. Dengan SET KURUS BUDGET ini, anda masih boleh berjaya dalam usaha anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Jom kita tengok, apa yang ada dalam SET KURUS BUDGET ini:


1. Lecithin - Untuk Memecahkan lemak
2. Alfafa - Untuk membuang lemak yang telah dipecahkan serta bertindak sebagai milk booster
3. Herb-lax - dapat membantu anda mencuci usus dan menyingkirkan toksin di dalam badan

Hmmmm... Dah nama pun SET KURUS BUDGET, mesti anda tertanya-tanya kan. Betul ke set ni berkesan? Ok, apa kata kita tengok pulak testimonial pengguna:


Tapi, sekiranya anda mempunyai budget yang lebih, saya galakkan anda menambah pengambilan Omega Guard dan Cinch Shake di mana pengambilan Omega Guard memantu membakar lemak dengan lebih cepat manakala Cinch Shake berfungsi untuk mengekalkan otot agar badan anda tak menggeleber bila anda kurus nanti.

Di samping pengambilan SET KURUS ini, ada juga beberapa perkara lain yang perlu anda ambil perhatian:
  • Pastikan anda amalkan diet yang seimbang ok. Jangan main makan jer, kita kena tahu apa yang kita makan dan kira juga berapa kalori yang kita ambil. 
  • Bersenam. At least 30 minit sehari, buat aktiviti yang ringan pun dah ok
  • Minum air masak 2-3 liter sehari
InsyaAllah saya akan membantu dalam proses diet anda sehingga anda berjaya mencapai berat badan yang ideal. Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap pembelian dari saya akan mendapat HARGA ISTIMEWA dan KONSULTASI PERCUMA seumur hidup:)


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
http://sweetmomsvit.blogspot.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penya

Saturday, 23 February 2013

Set Kurus SHAKLEE : Kurus dan Langsing Secara Selamat dan Semulajadi


Selain daripada Set Kecantikan Kulit, ramai juga yang berminat dan bertanyakan saya mengenai Set Kurus Shaklee. Jadi, entry kali ni saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai Set Kurus Shaklee yang selamat dan semulajadi ini. Dengan set ini, anda bukan sahaja mampu mencapai berat badan yang ideal, lansing, cantik tetapi anda juga semakin sihat dan bertenaga.

Terdapat 3 LANGKAH ASAS dalam Set Kurus Shaklee ini iaitu:

Langkah 1 : DETOKS
Anda sering mengambil pelbagai ubatan untuk membantu diet anda. Tapi sangat liat untuk berfungsi. Masih tak turun dan nampak perubahan? Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk menyerap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.Produk Shaklee akan memudahkan proses pelangsingan anda. Langkah pertama untuk anda lakukan adalah dengan proses DETOX.

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Proses pembakaran lemak dan pelangsingan badan anda pun lebih mudah berlaku.

Apa yang sesuai untuk detox?

Produk Shaklee yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa dan Herb-lax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak syorkan Herb-lax pada ibu-ibu yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak (anak mungkin cirit birit). Saya mencadangkan Alfalfa untuk ibu mengandung.

Langkah 2 : Membakar dan Memecahkan Lemak


Proses membakar dan memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.


Langkah 3 : Membina Otot Dengan Protein

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo dan menghalang berat badan naik dengan mendadak.

Selepas kurus, badan akan mudah mengelebar/gelebeh, dengan pengambilan protein akan shapekan otot yang gelebar dan membuatkan badan solid.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Gabungan ketiga-tiga langkah ini sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.
Pengambilan makanan yang seimbang dan diet yang teratur sangat disarankan kerana itulah kunci utama untuk langsing. Anda juga disarankan mengambil 2-3 liter air setiap hari untuk memudahkan proses pelangsingan dan penyerapan vitamin yang diambil. Dan paling penting anda perlu mengambil suplement di atas dengan konsisten untuk result yang TERBAIK dan SUPERB!

Ramai yang dah merasai perubahan dengan Set Kurus Shaklee ini. Anda bila lagi.....
Jika anda mempunyai budget yang terhad, jangan risau, anda tak perlu beli semua, Shaklee masih boleh membantu anda menjayakan misi diet anda. Sila hubungi saya, dan saya akan mencadangkan produk yang sesuai dengan budget anda. Budget anda boleh bermula serendah RM 50 !!

InsyaAllah saya akan membantu dalam proses diet anda sehingga anda berjaya mencapai berat badan yang ideal ok:) Setiap pembelian dari saya akan mendapat HARGA ISTIMEWA dan KONSULTASI PERCUMA seumur hidup:)


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
http://sweetmomsvit.blogspot.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 4 February 2013

Herb-Lax


Kandungan sebotol : 120 pil

Herb-Lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-Lax yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.