Salam sayang semua. Terima kasih kerana masih lagi sudi singgah di blog saya:)
Sekarang ni, tiap-tiap hari saya rasa teruja untuk berkongsi segala info-info menarik mengenai vitamin atau supplemen.
Artikel
yang bakal saya kongsikan di sini amat menarik sekali. Jika anda
tertanya-tanya mengapa kita perlukan vitamin atau supplemen, sila baca
artikel ini sehingga habis. Artikel ini akan menjawab segala persoalan
anda.
1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
Dari
saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada
pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta
terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia
berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser.
Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di
senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan
berkurung didalam rumah.
2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem
seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami
kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat crucial bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk
Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien
harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan
individu yang tidak hamil atau menyusukan.
3 - Buah-buahan dan sayur-ayuran mungkin terjejas atau tercemar
Manusia
lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela
apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan
buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang
bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini
diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk
membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin
meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang
ditanam secara ORGANIK.
4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
Waktu
berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5
petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang
jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak
didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang
pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10
malam...WOW!!
Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS
STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C
kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10,
kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut
boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah
dengan supper di Uptown/downtown.
Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI
Dan
rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak
hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang
individu diperingkat umur yg masih muda.
5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa
Nasi
lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan
pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati
tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh
dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi
budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!
Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan
calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa
yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.
6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan
Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.
7 - Kehilangan nutrien dalam makanan
Mungkin
anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda.
Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang
sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan
nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari
ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan,
pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di
dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan
terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi..
cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang
tinggal ya?
Credit to MamaFaiz
Saya sendiri memilih Shaklee sebagai supplemen untuk diri dan keluarga saya. Anda pula bagaimana?
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ http://sweetmomsvit.blogspot.com
No comments:
Post a Comment