Entry ni kali ni saya nak berkongsi mengenai perihal berpantang selepas bersalin pula, khas untuk ibu-ibu dan bakal ibu yang sedang membaca blog saya ni:)
Pengalaman Berpantang dengan Jamu
Biasanya kalau sebut berpantang jer, mesti kita teringat jamu kan. Saya sendiri sudah mempunyai pengalaman berpantang sebanyak dua kali dan secara jujurnya saya mengamalkan jamu ketika itu. Bukan kerana tidak percayakan Set Berpantang Shaklee, tetapi kerana jodoh saya bukan dengan Shaklee, saya tidak dipertemukan dengan produk Shaklee lagi ketika itu. Tujuan perkongsian saya ni, bukan nak memburuk-burukkan produk lain yer, sekadar berkongsi serba sedikit pengalaman saya sebagai panduan kepada semua ibu-ibu yang bakal melahirkan anak nanti:)
Berdasarkan pengalaman saya, dengan penggunaan jamu, Alhmadulillah, badan rasa segar jer. Tapi ada beberapa benda yang tak berapa best bagi saya, yang mebuatkan saya rasa terseksa nak habiskan jamu-jamu tu:
- Rasanya yang pahit. Saya memang out sikit benda-benda pahit ni
- Jamu ni biasanya panas. jadi saya terpaksa kurangkan dos yang dicadangkan. Kalau tak, perut saya asyik memulas-mulas dan ayik nak ke toilet jer.
- Lagi satu, saya hanya memulakan pengambilan setelah masuk minggu ke-tiga sebab saya breastfeeding, jadi takut demam kuning anak saya makin teruk pulak. Kena tunggu demam kuning anak hilang dulu, baru boleh start makan. Dos pula terpaksa dikurangkan sebab takut anak demam
Kelebihan Set Berpantang Shaklee
Itula serba sikit pengalaman saya berpantang dengan jamu. Sebenarnya, Shaklee juga mempunyai Set Berpantang yang terdiri daripada vitamin dan supplemen penting yang diperlukan sepanjang tempoh berpantang. Dengan adanya Set Berpantang Shaklee ini, ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.
B-Complex
Sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.
Vitamin C
Penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
Vitalea/Multivitamin with Iron
Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
Zinc Complex
Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
Selain dari set di atas, anda juga boleh menambah vitamin-vitamin lain seperti :
Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.
OsteMatrix
OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Sekiranya anda mengalami masalah sembelit, insyaAllah ia membantu untuk melawaskan. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
InsyaAllah, di entry-entry yang seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda semua pengalaman ibu-ibu yang telah mengamalkan Set Berpantang Shaklee sebagai alternatif kepada jamu. Saya juga akan berkongsi beberapa panduan dan tips yang boleh diamalkan semasa berpantang berdasarkan pengalaman saya sendiri, supaya tubuh badan kita kekal cergas dan bertenaga, kalau boleh nak jadi balik seperti zaman ank dara:)
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai tip-tips dan cara/jadual pengambilan vitamin yang betul. HARGA ISTIMEWA juga menanti anda:)
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ http://sweetmomsvit.blogspot.com
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
kalau da mkn ni x perlu ambil jamu lagik ker..atau pun kalau nk makn jamu jugak mcam mana..perlu ker jarakkan masa tu atau pun pagi mkn shaklee..mlm mkn jamu
ReplyDeletetolong jelaskan sikit mcam mana